Tuesday, December 23, 2008

+/-

Aku selalu percaya kalau berterus-terang adalah polisi terbaik dan paling mulia bagi satu kehidupan. Tapi hari ini aku terdidik kalau membuat orang lain faham akan kebenaran kita adalah begitu sukar. Sebab itulah ramai yang memilih untuk berdiam diri. Tidak kurang juga yang menjadi kreatif membina alasan. Hal ini adalah hakiki. Kita semua alami.

Berfikir mendewasakan minda, mematangkan jiwa tetapi memintas usia. Guru terbaik adalah diri sendiri. Masalah itu 'homework'nya. Mencari jalan keluar yang paling munasabah ibarat ulangkaji yang paling berkesan. Membuat silap tidak semestinya atas kecuaian dan selesainya kekusutan itu adalah seperti lulus cemerlang dalam peperiksaan akhir.

Setiap satu benda punya nilai. Semestinya pada waktu ini hampir segalanya dinilai guna wang. Jangan menidakkan. Kalau tidak, masakan orang pun didagangkan. Ada duit tersenyum. Tetapi kalau tidak, pasangan suami isteri paling bahagia pun boleh jadi tidak mahu saling bertentang mata. Ada satu rumah, "tak ada duit" adalah biasa. Tidak usah hairan. "Adalah sikit duit" akan membeliakkan mata seisi rumah. Itu cebisan cereka nyawa orang susah. Itulah dia. Aku tahu.

Payahnya memerah otak untuk membuat orang lain faham perkara sebenar.
Fikirlah sama..

Saturday, December 20, 2008

A Wonderful Person

"If I could make a wish now, I would wish that the holidays do not end." This was what I told him. I was afraid of not going to be able to chat with him when the new semester begins. We became friends seven days ago, started talking three days back, and we have spelled so much. It is like a big joke when I come to think about it. He got to know me from a girl he claimed to be my friend, when I thought she was his friend. LOL!!

He is such a comfortable individual to talk to, to ask advice from, to tell and to share. I do not know this person that much yet, not to the extend that I can claim him a close friend but we were talking as though the world has stopped spinning. As though seconds have stopped ticking. As though there was no need to pay the Streamyx bill. I do not now if this was true, but he was who he is for the almost seven hours of chatting. And we can do it again without having to figure out what to talk about.

Again and again we kept on asking did we know each other before. No. Never. But we talked as if we've known each other for years. " Somehow it it impossible to have someone that we just met become comfortable with each other." If u get a chance, grab and hold it. Hold it tight. Or touch it. Even if it is slightly. For it does not knock on you door twice.

The more I want to tell you about this friend, the more I want to keep it to myself. But I can tell you that he is funny, in many ways and undoubtedly friendly, always. I see him as a young man with huge knowledge and wisdom. He knows what he wants and he does what it takes to achieve it. Like I have said again and again, I hardly know him but I do see him as a very successful human being.

I certainly have no intention in being emotional or carried away. But, above all. From the bottom of my small heart, for every beat I'm living on, I have met a wonderful person. Trust me. Because it does not happen all the time, perhaps just once. One can tell with wide-opened heart, mind and soul.

And why is he wonderful again? Simply because he shares and he respects.

Vanilla milkshake, McFlurry, Prosperity, Maggi Goreng, coffee and spicy food.
Just to list a few..

Wallahualam.


Saturday, December 13, 2008

My Name is PICKLES

PICKLES has not been here for quite sometime.
PICKLES wants to come back and share like before.
PICKLES will.

But for now, PICKLES doesn't have any idea of what to write.
All PICKLES can say is that Prosperity Burger (BEEF) is back at McD..
Oh well. PICKLES has to wait till the CHICKEN is out..
OMG!!! Twister Fries..

LOL!!!
I don't even know where that came from..

Wednesday, October 29, 2008

Touch (A Holding Hand)

You drove me crazy
Couldn't even think
Got me said it so straightly
I guess it caused me a shame

It was just a holding hand, maybe
Still it was my first time
Couldn't help to wonder about it
I finally asked

Should have known
Never gonna get the answer that I want
Tricky words twisting my world

Standing here without a trace
Hoping and praying
Oh Lord, please make him My Man
Or take him away

They tell me not to stay
That you're just playing a game
Tell me, boy, should I wait
Oh do you feel the same

Tricky words twisting my world

Don't play with words
Don't mess with my world.

Made for all, dedicated to one.
I hope to go straight, don't belok-belok.
Strongly, from now onwards...

Sunday, October 26, 2008

Cubaikhlas Cuba Faham

Seorang penulis berbakat menulis tentang hidupnya, mempuisikan motifnya, menyampaikan mesejnya. KEINGINAN melawan KEPERLUAN. Itu yang cubaikhlas, sebagai Si Kerdil fahami. Buat diri sedar betapa alpa dari memanjat syukur dan berserah seadanya kepada Allah Taala.

Banyak keinginan yang tidak kunjung tiba, banyak jugalah nikmat tidak terduga yang mengetuk pintu rezeki. Terima kasih, Tuhan untuk semua itu. Sebab itulah jalan hidup menjadi jauh lebih indah. Maha Bijaksana Dia...

Penghargaan buat penulis itu yang buat diri tersentak dari celaru, dari rasa tidak menentu, dari mengharap sesuatu yang tidak pasti. Insan bukan boneka. Sedang begitu banyak yang beratur di depan mata. Nikmat dan ujian - kerana kita mampu. Sebab perlu hargai apa yang ada sebelum tamat tempoh sah lakunya.

Cubaikhlas agak dia faham. Harap-haraplah.
Wallahualam.

Friday, October 24, 2008

Apa Diaorang Tengah Buat Tu?

I have no intention to be rude to anyone. I believe that I represent the voice of others, whether they have or yet to experience what I am about to share. Every individual has a role. Be it PREDATOR or PREY.

Last night, my friends and I were preys. The predators were a bunch of kids, a gun in the form of a laptop and super-annoying-laugh bullets that blew everyone's heads off. God knows what they were watching. But what I do know is the fact that they realized they were disturbing, annoying and hurting the others, and they did absolutely nothing to amend the situation. What more apologizing. They were insensitive, selfish and inconsiderate. Excuse me, but they were pathetic. For real, okay!!! Wake up, fellas! Be matured, be Malaysians.

McD is a public area, for us all. This is a FACT. Very true. Cannot be denied. Which also means respect for everyone in there. Agree? Thanks to these youngsters, my girls and I ended up not being able to focus on our studies. The same thing for other students who came with the same mission. Just by looking at their faces, one could tell that even those who were not studying were greatly disturbed. Huuuuu....................

Now, imagine you were in our shoes, gladiators, sandals or slippers. What could you have possibly done? Slap their faces? Ahah! You read our minds. Did we? Of course, NOT. But honestly, we somehow wish we did. Wakakaka.. Nothing personal ya, but writing a post is way much more relieving than dealing with such individuals. Didn't even know they exist. Forgive me, but I somehow believe that there are at least a few more that wrote on them as well.

Therefore, again, I beg this clique. Wake up. Change. Your victims last night might have forgiven you but some will choose not to forget what you did. Don't you feel guilty?..

For others : People, let's not be like these predators, okay?.. Promise?.. Thank you.

Wallahualam...

Thursday, October 23, 2008

Apa Masalahnya?..

Bila semua orang sibuk dan aku tak punya apa-apa yang menarik untuk dibuat.
Sudahnya aku akan berteleku, otak kosong. Sedang muka jadi serius. Buat semua orang fikir aku ada masalah. Tenang kawan-kawanku yang risau. Aku tak apa-apalah.
*****
Bila si gadis itu manis berbaju kurung waktu dia dilihat di restoran bersama teman-temannya.
Punya stail, rambut disisir baik.Dia cantik. Tapi dia sedang membunuh. Bunuh diri, orang lain juga. Paling jelik, dia sedang bunuh budaya. Moden telah sedut tradisionalnya. Mengasapkan rasa malu pada mereka yang melihat. Sebab dia pakai baju kurung masa itu. Kalau tidak, tidak jadi soal pun.
*****
Bila orang yang sentiasa nakkan perhatian tidak sedar mereka sedang diperkatakan.
Kejap! Atau mereka sedar orang mengata tapi buat-buat tidak sedar. Malu tapi ego. Cakap orang tua, "bodoh sombong.." Cepat sedar. Hidup hanya sekali. Jangan berlakon. Kesian pada orang di sekeliling. Mereka teruja menanti ketulenan.
*****
Bila apa yang awak guna itu adalah hak orang lain. Itu tidak adil namanya.
Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di tempat-tempat awam mesti digunakan bersama. Itu kalau semua orang boleh pakai. Tapi kalau awak bukan OKU, janganlah letak kereta di parking yang dikhususkan untuk saudara-saudara kita yang lebih memerlukan. Bertimbang rasalah. Kalau awak mampu berkereta mewah, pasti awak mampu mempraktis moral. Kan malu bila orang lain pandang. Lepas itu, awak nak marah. Beranikah?
*****

Satu. Mengaku lemah, nyata tidak sempurna.
Dua. Maka, berpesan-pesan. Amar maa'ruf nahi mungkar.
Tiga. Usaha berubah.
Empat. Maaf.

Wallahualam.





Monday, October 20, 2008

Notis...

Jam sekarang 9.35 pagi.
Tanggal kini 21 Oktober 2008.
Hari ini Selasa.

Cubaikhlas kepingin mencoret tapi dia punya rencana lain.
Tengoklah. Bila dia sudah lapang kelak, dia bakal tulis lagi.
Saat dia punya waktu senggang.

Cubaikhlas ada peperiksaan percubaan..
Dia belum belum bersedia dan tak belajar sepenuhnya lagi tapi dia nak lulus..
Tolong doakan ya.. Amin.

Hope to be back soon.. InsyaAllah..

Till then, Wallahualam..

Friday, October 10, 2008

LELAKI BUDIMAN

Cubaikhlas taip ini dari organ hati. Yang baca terimalah dengan otak terbuka.
Mungkin saya tengah cerita pasal awak. Kalau bukan awak, mungkin kawan awak. Boleh jadi saudara awak.. Siapa tahu? Saya pun tidak. Harharhar..

Lelaki budiman.. Siapakah dia? Jengjengjeng.. Tak tahu, tak tahu.. Siapa makan gula, dia rasa manisnya. Jangan sampai syok sendiri sudahlah. Tpi saya kenal seorang LELAKI BUDIMAN.

Dia cakap dia ortodoks. Saya cakap dia tradisional. Dia sayang pada bangsa dan budaya. Tidak keterlaluan, cukup sederhana tapi jelas dapat dikesan oleh pancaindera. Hanya satu sebabnya, IKHLAS. Saya suka. Kawan-kawan saya pun suka.

Pemimpin yang baik. Ini pasti. Cekap, tahu apa yang diingini dan diperlukan. Matlamat tercapai, kebajikan terpelihara. Semua orang gumbira. Bakal suami, ketua keluarga, dan bapa idaman. Tiada seorang pun ibu yang akan menolaknya sebagai calon menantu. Kalau lelaki bisa dipinang, makcik-makcik akan beratur panjang meminta tangannya.

Hormat orang lain dan tidak pandang serong. Tidak bias dan terima seadanya. LELAKI BUDIMAN ini pernah bertanya tentang bagaimana gadis memakai tudung kepada yang bukan pemakai. Katanya, " Manalah tahu nanti isteri minta tolong pakaikan tudung.." Memandang ke depan sungguh.. Eloklah.. Bersedia dari sekarang. Akan tetapi, dia belum berpunya.. Saya rasa begitu..

Cubaikhlas hanya sekejap baru kenal dengan LELAKI BUDIMAN ini. Maka, tidak banyak yang dapat dicoret.
Tangoklah nanti. Hidup ni kan penuh dengan kejutan..

Wallahualam.....




Itukah Ia...?

Kamu percaya pada jodoh?
Aku percaya Mesir dan Sungai Nil adalah jodoh..

Senangnya kalau kita dapat bertemu jodoh dari langit.
Bukan langit, tapi dari hati..

Mencintai dan ingin memiliki adalah perkara yang berbeza..
"MARIA-FAHRI, Ayat-Ayat Cinta"

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu
"RUANG RINDU, Letto"

Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
"SEMPURNA, Andra and The Backbone"

Karya-karya cinta
Arti perasaan
Luahan idea

Kombinasi melerai kunci, jadi bahagialah
Teka-teki, maka tunggulah

CINTAkah? Apakah CINTA?
Wallahualam..





Wednesday, October 1, 2008

Ini Duit RayaKu...

3 perkara yang paling menarik perhatian CubaIkhlas sewaktu/setiap kali Eid:

1. Menyiapkan bapak pada pagi 1 Syawal bila dia nak ke masjid bersolat raya.
( seronok melihat segaknya ayahanda.. kalau tidak, rayaku tidak raya.. sungguh ni.. )

2. Segala macam kuih tradisi dan biskut raya..
( macam-macam kuih dan biskut moden yang terhidang di meja, kek kampung jugalah yang paling menambat selera.. tak dapat juadah berat pun tak apalah.. ^_-)
3.rancangan dan tayangan istimewa sempena Hari Raya..
( kata kaki tv.. sorry ya, mama.. bil elektrik mak bulan ni tinggi sikit la.. anak banyak tgk tv.. sekali2, apa salahnya.. =P )

"Jabat lebaran.. Ampun maaf zahir dan batin.. Mohon dihalalkan segalanya.."
"Enjoy Eid with care"

Wallahualam..

Monday, September 22, 2008

Lintasan 7.21pagi

Bercampur-aduk tapi tidak sebati
Teruja tapi gementar
Gembira tapi hiba
Terharu tapi sayu
Apa ini artinya berkecamuk?
Kacaukah jiwa?

Arif dengan kebenaran
Bukti tak jadi soalan
Bercambah penafian
Akibat satu perasaan.

Mengaku cemburu
Kata orang tanda sayang
Jelas terasa dia berlalu
Terpinggir rasa diri terbuang.

Sudah lama rapat
Hati budi cukup kenal
Sesejati sahabat
Ampunkan, emosi menebal.

Pernahkah di antara kalian yang dihadapkan dengan plot itu? Tahu apa yang betul tetapi jahilnya perasaan menguasai ceteknya akal. Aku mengaku, aku juga begitu. Naluriku berbisik," Tak ada salahnya. Nama lagi manusia yang lemah. Didik diri dari silap yang lepas."

Sebab itu, kita semua mesti bangkit. Tutup buku lama, buka naskhah baru. Tapi itu tak bermaksud kenangan dan pengalaman boleh dilupakan. Malah, jangan pernah. Selaklah sesekali. Pasti terubat lara tatkala senyum ketawa mengimbau nostalgia, dikuatkan semangat bila terserempak dengan pengalaman. Bukankah itu yang mendewasakan kita? Boleh jadi. Sesungguhnya, tak siapa tahu. Hidup kan tak ada yang pasti. Cukup misteri.Wallahualam..

(Ia singgah di akalku, menjenguk kalbuku, mengintai kudratku saat boxersbatik kejutkan aku tadi pagi.. siapa duga? Tuhan, syukran jazilan.. cubaikhlas cuma nak pelawa berfikir.. silalah..)

Sunday, September 21, 2008

Si Lurus Yang Hiba

Seketika sudah sejak kali terakhir aku biarkan jari-jemariku menari di papan kekunci ini. Bukan tak ingin, tapi hatiku berat merelakan benakku meluahkan apa yang tersimpul erat, terkunci mati. Tapi, aku rindu. Cubaikhlas kangen berkongsi sketsa. Ibarat Al-Mubarak yang sudah tidak jauh ke akhirnya, aku mengaku aku sayu. Untuk apa, pada siapa, kenapa bukanlah soal yang bisa aku tempuh kini.. Sesungguhnya aku bingung.. Ya Rabbi.. Sakitnya makan dalam, kurniakanlah aku petunjuk dan kekuatan..
(Barangkali pulangan adalah kesalahan. Sebab itu tak bertemu penyelesaian.. Tuhan, ampunkan saya..)

Apa dosanya bila berterus-terang? Selalu orang kata, bercakap benar tu polisi terbaik dalam hidup. Kalaulah semua khalifah begitu, mungkin dunia ni takkan berperang. Mungkin.. Tapi seteru tetap terkutip sebab jerihnya kebenaran. Tapi kalau kita tak buat silap, kenapa pulak nak sakit hati? Oh well, what comes around goes around..

Macam mana pulak bila kita berterus terang tapi kelurusan kita tak diendahkan? Barangkali diperkotak-katikkan? Diketawakan? Kot ye pun maknanya lemah, boleh jadi bodoh pada pemikiran sesetengah pihak. Tapi itukan apa yang Si Lurus rasa, dah diri dia. Cubalah hormat dengan ikhlas. Tak banyak pun, sikit jadilah kan. Sekurang-kurangnya, nampaklah nilai manusia sikit. MakhlukNya yang punya akal, miliki pertimbangan. Jangan nak ikut sedap, main redah je. Tak siapa tahu, susahnya Si Lurus nak menerima diri dia sendiri. Usah ingat dia suka apa yang dia lalui. Si Lurus cuma redha.

Dari sisi penerima kisah benar.. Satu kejutan? Pengiktirafankah? Lawak agaknya. Nanti, jangan gelak dulu. Jangan dacing, usah timbang, tak payah cari penyukat. Tapi, asasnya nak ajak berfikir, pelawa mengkaji. "Kenapa aku?" Kemudian, cuba selami betapa payahnya Si Lurus mengumpul keberanian sebelum menyusun kosakata di bibir, kalau tidak menaip SMS.. (kata dunia dah maju..) Lepas itu, soal diri, "Layakkah aku?" Istighfarlah andai awal-awal tadi rasa macam nak ketawa. Cuba letak diri kita dalam kasut dia. Mesti kecil hati jugak kan? Nanti kejap. Jangan kesian pada Si Lurus. Salah kalau simpati. Satu je rasa yang perlu ada.. IKHLAS..

Si Lurus, kau istimewa..
Si Penerima, kau tak sedar apa yang telah kau lepaskan.
Untung rugi...
Seimbang...

(Si Lurus kepingin menghambur air mata tapi dia tak berdaya walau memaksa...)
Wallahualam...

Wednesday, September 3, 2008

Puasa Ramadhan dan Kita Semua

Bismillah..

Salam Ramadhan buat semua.. Moga-moga Shahrul-Mubarak ini berkat untuk sekalian Muslimin dan Muslimat.. Amin.. Jagalah Rukun Islam kita yang ke-3 ini. Ayuh juga kita rajin-rajinlah melangkah ke masjid bersolat Tarawikh..

Pabila berbuka, bersederhanalah. Jangan diturut hawa nafsu. Natijahnya, pembaziran.. Ingatlah, Allah Taala tidak suka kepada orang yang suka membazir.. Itukan perbuatan syaitan yang direjam.. Nauzubillah..

Kunci jam loceng ( old school kowt.. hehe.. Iyolah, org skrg pakai handphone aje).. Bangkit sahur, alas perut, jana tenaga untuk hari esok.. Sesudah santap, janganlah melabuhkan badan di tilam yang empuk tu, tapi sahutlah seruan azan.. Subuh dulu ya, kawan-kawan.. Huhu..

(cubaikhlas sedikit sedih tak dpt menyambut tibanya bulan yang mulia ni di rumah bersama bonda dan ayahanda. Tak apalah.. Nanti kita hantar ia bersama.. InsyaAllah..)

Wallahualam..

Friday, August 22, 2008

Beri Kongsi

Hati gundah gulana
Akal tiada ilhamnya
Lidah enggan berbicara
Pasal benar ibarat dusta

Bibir terkatup rapat
Gigi terkacip ketat
Kejang segala urat
Mata terpaku putih
Sungguh hakikat jerih

Zulmat umpama kiamat
Meski zarah terasa berat
Hatta jari usah bertelunjuk
Paras diri patut tunduk

Segala sesuatu nescaya adalah natijah tindakan diri sendiri. Pilihan yang dibuat, jalan yang diambil, saki-baki yang ditolak tepi. Dari mana puncanya? Ke mana hala tujunya? Dengar suara hati, berundinglah dengan kewarasan, berikhtiar bersama keikhlasan. Yakin dengan tindakan, InsyaAllah tidak akan goyah walau dipersoalkan.. Sendiri lebih tahu..Wallahualam...

(Asalnya diwarkahkan sebagai azimat penguat diri sendiri. Kini dikongsi.. ^_^ )

Wednesday, August 20, 2008

Marshmallows Taught Me...



Never in my life, not even once, I imagine Me finishing an English novel. But on August 20, 2008 I have finally fed myself, munched and swallowed my last 'Marshmallows for Breakfast.' It was the best last spoon that I had. I was relieved as I finished the very last sentence. Yet, I felt different. I still do and I will always do. And for that, I am thankful.

One brilliant piece, one month of time and I have learned so much. As I am typing this, from the bottom of my heart, I keep on reminding myself that 'this end is only a beginning.' If I wished to gain more, I have to make it a habit. I must. In case anyone is yet to get it, 'it' is reading.

I have no idea how Dorothy Koomson looks like. It'd crossed my mind to just surf the Internet and search for her image. But then I thought it would spoil the whole thing. She is THE STRANGER that heals a heart. So let it be. It just doesn't matter. I love what I read, what she writes. That matters, a lot..

The message is simple and easy. It's everyday life, though it might not be ours. It is how we adopt the message, how we understand it. Different minds, different views.

I understand now that in many parts of life, I have to give up. I should consider pausing and leaving behind things that are not meant for me. No doubt I must fight for what I desire but at certain points, I must stop. I must face and accept the fact 'It doesn't belong to me. Move on.' But do turn back, to always remind myself not to repeat the same mistakes again.

Let things come naturally. Take it with open arms, heart and mind only if it is what I want. Let it pass through if it is the other way round. Do not let it in just because I want to give it a chance for I will definitely regret. And whenever I think I'm living hell of a life, I've got to remember those in worst conditions ever. Perhaps mine isn't that bad.

As I turned from pages to chapters, Kendra whispered another important message. Never ever dream and hope. Instead, face today as if it's the only one I have. Make it my best. Draw something, anything that I like and fill it with my colours. Be it whatever the rests wish to comment. If again a person is to get hurt, it is no one but me. Cubaikhlas is rather hurt than hurting.

I already put a FULL STOP for an item, a COMMA for another. Are you now considering the same? Wallahualam..

(p/s: hugs for the owner of the material.. 'the cupid effect' is next..)



Monday, August 18, 2008

Kisah Benar, Bukan Temberang..

Sudah aku bayangkan. Telah aku jangkakan. Memang libur ini bosan yang amat. Sejak pulang tempoh hari, belum ada kesempatan untuk aku menjejak kaki ke bandar Kuantan. Apatah lagi nak menghirup angin pantai di Teluk Chempedak. Hanya kejadian-kejadian yang bukan luar biasa, tidak aneh, jauh sekali pelik yang mengisi masaku.
Pendek kata, rutin.. Kan senang kalau aku cakap awal-awal?.. Maafin ya..*kenyit mata* bukan sakit mata taw!!

Tapi,dalam hanya dua hari ini jugalah aku peroleh TIGA NIKMAT.. Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ya Rabbi... Ini adalah kisah benar... Bukan temberang, okey? =P

17 Ogos 2008
Ada kenduri kahwin dekat kawasan rumah. Mama bapak sibuk menolong sejak beberapa hari lepas. Aktiviti blok. Petang lepas majlis, nah!! Banyak lauk dibawa balik. Macam-macam masakan. Daging opor, daging kicap, ayam kurma', acar buah, nasi minyak.. Tapi nikmat yang sebenar adalah DAUN KAYU MASAK TEMPOYAK!!!!! Dipadan dengan ikan masin. Aduhai.. Terbaik di muka bumi ni.. Lagi hebat kalau ada pekasam..(p/s: MasyaAllah. Perutku berghazal sekarang)..
Kejap. Kalian tahu tak lauk tu macam mana? Begini. Ada pucuk ubi, daun serai kayu, daun kunyit, kacang botol, petai, terung pipit, lada hijau, cabai burung dan serai. Sudah pastilah bahan utamanya tempoyak.Dah macam rancangan memasak la pulak.. Cukup la ek.. Sudah meleleh liur kalian membaca keenakannya..=P

18 Ogos 2008
Celik saja mata pagi tadi, terasa rama-rama dan kupu-kupu menari samba dalam perut. Mana tidaknya, keputusan peperiksaan keluar hari ini. Tak senang duduk la dibuatnya. Jam 11 pagi da berkampung depan PC. Akhirnya, dapat aje 'signal' dari JoAra, terus masuk 'website' ACCA. Alhamdulillah. Nikmat kedua telah sampai. Aku LULUS semua kertas.. Syukur sekali.

Jam 8 malam. Mengumumkan ketibaan nikmat yang ketiga. Buah SUKUN GORENG dan KOPI O PANAS.. Memang la selera kampung saya ni.. Sumpah sedap ok.. Dicecah pulak dengan KICAP BERLADA. Memang 'kick'..!!! Siapa lambat dapat piring kosong ajelah.. =P Kalaulah yang dalam kuali panas tu boleh diambil, dah berebut dah.. Hahaha..

Jadi, inilah cereka pendek percutianku yang baru bermula. Setulus ikhlas hati kuungkapkan, berharap benar agar ia menjadi lebih baik dan indah.. InsyaAllah.. Oh, pastilah begitu jua buat teman-teman semua.. Kita ketemu saat sesi pendaftaran nanti ya.. Rindu semuanya..

Sehingga itu.. Jaga diri...^_^
Wallahualam..




Sunday, August 17, 2008

Untuk Kedua Kalinya (Bukan Sengaja)

Sore itu menemukan
Tidak dirancang satu kebetulan

Berbaju putih bercelana biru

Bertopi coklat sudah menunggu
Mulut terkunci tubuh membatu
Mati kutu haru-biru


Duduk semeja berkongsi cerita
Berselang ketawa terselit jenaka

Senyumnya penuh giginya rata
Selalu dipandang nescaya leka

Bukan sengaja tapi tak perasan
Bukan menolak untuk bersalaman


Untuk yang kedua kali

Aku "lampi"..


Baca ini : Telah dirujuk di kamus. Nyata, perkataan "lampi" tidak ditemukan.. But I guess we all know what it means kan? Lambat pick-up.. =P

Rapuh

Mudahnya retak
Begitu senang pecah
Berderai hancur
Tertusuk..

Indahnya gementar
Naifnya wajah galak memburu
Terketar-ketar, berdebar-debar
Tatkala bersua temu.

Jemu terpaku natijahnya berteleku
Musnah tawa jadi sendu

Sampai bila..

Tidak semua yang bisa merasa agungnya cinta, mulianya kasih, istimewanya perhubungan. Sebilangan cuma jatuh cinta, mendamba kasih, membelai rindu. Gagal mengungkap, tewas sebelum ke medan perang, gugur tanpa berjuang. Apa yang dikejar? Kepada siapa menadah rasa? Tak usah merayu, khuatir yang kaukucup itu belas, bukan anugerah dari Yang Satu.. Wallahualam..

Buat semua: Harus kuat bersabar. Pasti suatu yang indah telah Dia aturkan. Moga akan tiba..^_^

Friday, August 15, 2008

Rentetan Jangka

Menghitung waktu
Mengira ketika
Mencongak detik
Menghisab masa

Melintas umur
Meniti usia
Menyeberang hayat

Takkan ada jalan potong

Takkan bisa menoleh

Al-Yaum akarnya
As-Shahru batangnya

As-Sanah daunnya

Jadi pokok dekad

Lebat membuah abad


Sudah betapa banyak ruang dianugerahi Yang Maha Pemberi Nikmat kerna kasih dan sayangNya?.. Lantas gimana telah kita isi dan penuhi?.. Astaghfirullah.. Wallahualam...

Thursday, August 14, 2008

FIVE

Zero heartbeat
No pulse
Breathe please.

The darkness
Eyes wide open
In search of light
See.

Speech of silence
For words kill
Thought is what it takes
Then u may speak.

Quiet..
Listen even for just a moment
For someone's day might be brightened.

Close enough
Deep connection
Hold, touch.

@-10-tion:Tlg jgn gelak bila baca.. My 1st "sajak" English.. Jap.. Sajak ke?.. *wink*

Wednesday, August 13, 2008

Acu Fikir

Pandang kanan tengok kiri
Jeling kanan lagi.

Tunduk dongak
'Clear', Bismillah, bergerak.

Bersiar-siar
Moga-moga ketemu teman
Berputar-putar
Jangan sampai nampak lawan.

Biarlah yang indah-indah
Sebab tak nak marah-marah
Jangan lelah nanti berkeringat
Terlalu jauh nanti tak ingat.

Nak catat tiada kertas
Tiada tinta tak bisa menulis
Kerna kisah tiada batas
Tinggal nanti sisa dikuis.

Mari bidadari
Dajal pergi.

Gelap mengangkat sauh
Terang sedia berlayar
Perjalanan masih jauh
Bangkit sedar.

Pulang..
Da lama kau pergi...

Selamat sampai
Lafaz salam
Masuklah kau dialu-alukan.

Sekadar berpujangga.. Apa kalimah pertama yang diucap sekembalinya Roh kepada Jasad? Seandainya ia pulang kepada pemiliknya yang abadi, bagaimana? Patah balik.. Apa fi'il, ayat dan lintasan hati kita semalam? Punya kekesalankah? Masih berurusan yang belum selesai? Hanya ingatan bersama bersaudara.. Kita adalah utusan.. Wallahualam...

Monday, August 11, 2008

Cuka Lara

Retak terbelah
Terhunus berdarah
Tersungkur rebah
Terkacip lidah.

Bilah tajam
Si Hawa kejam
Jamah ruji haram
Kulit hitam hati legam.

At-Taarikh kuli
Al-Aan ketuai
Kalau dulu putus tali
Kali ini pasti mati.

Pendusta selamba
Dayus membuta deria
Kekhalifahannya merana.

Pernahkah tangan menadah?
Pernahkah sujud berserah?
Jangan sekadar mengaku menyembah
Jahilnya Nauzubillah.

Persetan pangkatnya
Jahanam uban memutih di kepalanya
Sudahlah cetek akalnya
Degil melawan kata
Suka alpa lupa nestapa
Kalbu sekeras bata.

Wahai Si Takbur menongkat langit
Di luar mewah, di dalam perit
Cari dan ketuk pintu At-Taubah
Sebelum jasad bergelar jenazah.

Semoga Allah Taala membuka pintu hati setiap hambaNya (termasuklah diriku yang amat lemah ini) agar berada di jalan yang lurus dan benar. Amin..


Minta Perhatian!!

Di sini disenaraikan beberapa kejadian yg mungkin kalian mahu elakkan ketika sedang lepak bersama teman-teman. *grin*

1. Bila makan, pastikan anda tidak menghentak pinggan di meja secara tiba2 atau dgn tidak sengaja. Apatah lagi menggerakkan meja.. (x perlu tnjk kuat..=P)
2. Suap makanan ke dalam mulut. Jgn smpai ke muka.. (malu betul..*wink*)
3. Peka tapi 'cool'. Jgn berangan atau terlalu banyak berfikir. Takut nti ketinggalan. (bygkan anda diajukan soalan, tp x tahu nk jwb sbb x dgr.. merah pula pipi.. ngee)
4. Cakap terima kasih bila ada yg belanja. Biar siapa pun yg tolong bayarkan. Ehem2. Dgn kawan baik sendiri pun MESTI tau!!! (budi bahasa kan budaya kita ^_^)

Cara diwar-warkan macam banyak.. Walhal 3+1 je..
Mengikut beberapa pengalaman pada banyak ketika, yang mana tidak lama dahulu.. Haihh.. Terbongkar sudahlah misteri kenapa BM masa SPM dapat B4 je.. Kesalahan bahasa yang tidak berjaya dibetulkan, lagi gagal dibendung.. =P

*berkongsi sekadar untuk suka-suka..* muahahaha...

Saturday, August 9, 2008

AMANDA The Series

EPISODE 1

She swore she'd never do it again. But just a minute ago, she did. Oh, please. Don't blame her. If only anyone knew just how hard she tried not to repeat the same stupid mistake again. Still, she lost her battle. Yes, no doubt, she's weak. Indeed, very weak.

She stared at her read eyes. Tears were still down her cheeks. She could hardly breathe. Her throat was on fire. Her tummy was obviously in great pain. She was sweating as if she had just finished a marathon. " Why did I do this?" She wondered as she kept on crying silently. How she wished she could tell it to someone. "No way I'll ever do that. I created this so I got to end it myself."

She washed her face, her hands and wiped them. She took a long deep breath and put a fake smile on her reddish face. No one should witness this. She stepped out the devil's house and walked slowly to her room. All Amanda could think of now is her bed. Her legs were shaking she nearly missed her steps. Sleep. She needed that. She must rest. A cup of plain water and before anyone could even spell a word, Amanda was already sailing.

"She's not OK. Something is up. I've got to find out." Faith, Amanda's closest friend was concerned. She's determined but then came the big question. How? " I don't know but I must and I will find a way. I promise."

to be continued.....

DIA SENDIRI

Sedang dia melewati hari
Sedang dia membilang detik
Dia terpukul
Jasad dan nyawa berpimpin tangan
Sungguh akal telah tercicir.

Marah, kecewa, gentar, lemah
Bahang mengairi benak hatinya
Wajahnya kosong tidak mungkin dibaca
Sendirian dia meronta
Andai rebah tewas
Andai gagah Alhamdulillah.

Tidak keruan
Dia arif dia terganggu
Dia mencari kesayangannya
Dia mengingati kasihnya
Dia kepingin azimat darinya
Aneh dia tidak menyuarakannya

Sketsa apakah ini
Berapa episodnya sinetron ini
Dia 'peminat setia' yang hanyut
Dahagakan akhir yang sempurna
Meski nyata tidak memihaknya.

"Khusus buat Dia, berpijaklah di bumi asli. Tiada yang akan lari jika tidak dikejar. Setiap lara bahagia, berpeta di telapak usaha sendiri. Kaulah punca, sebab dan alasannya. Telunjuk ke wajahmu. Menuding bukan penyelesaiannya."

What A Feast!

As soon as our F6 class ended yesterday, we rushed back to our room, changed and headed for Sunway Pyramid. I was in my white short-sleeve blouse and black jeans. Carrying my green Thai bag, I looked just simple and 'santai'.

We girls were out for 'Forgetting Sarah Marshall." Before show, we decided to have lunch at Subway. There I was, standing in front of the counter, looking up at the menu. "What shall I have?" I thought. Finally when I was up to order, I chose 'Spicy Italian.' Half a foot long, unfortunately I can't recall what's the 'isi utama' in it (forgive me, it's my 1st S.I) and lots of salads, pickles-my favourite, onions, BBQ sause, Thousand Island, chilli and pepper of course. Yummy!! History was made. Before I knew, I've already finished it. And that is so not me. Haha!!!

Later, we had big laughs throughout the movie. It was really funny. When it ended, we did a little window shopping before we went home. I was determined that Subway was my only meal. Well, guess what? I had a tosai rawa in the evening and some keropok for supper. I am so proud of my stomach. I'm pretty sure my girlfriends are too.. Lalalala =P

note: As I'm writing this, I already had McDonald's for breakfast and keropok again. And, I'm imagining myself eating a kebab later. Unbelievable me!! What an APPETITE.. Alhamdulillah.. jengjengjeng.. Jarang-jarang terjadi kejadian sebegini.. hehehe..

Mana Boleh Cakap Kuat-Kuat

Never in my entire life I imagine myself sitting in front of a PC to write. True. I've always loved English, as in speaking, definitely not reading. So, 1st SOLID conclusion made. I don't write.

And PCs? My mum talked about modem for Internet connection at home and I have 0% knowledge about it. 2nd FIRM conclusion made, I am NO technology.

But here I am now, working on my fifth piece. I believe it's nothing much ( I mean I'm not good at all. Because basically what I do is 'merepek' i think) but somehow I enjoyed doing it. It's like I've found a spot where I can be who I am and spell it all out. Or at least half of it.

One moment. Let me ask. What do you think? Do you like what you read? I'm happy if you do. But if you don't, I can't make you do. After all, Kukukakikumalu is mine. Huhu.. ^_-

p/s:Shh..!! Jgn bagitau sape2 about my blog taw.. It's our one little secret.. Biar pecah di perut, jgn pecah di mulut.. I trust u, reader.. TQVM..


Friday, August 8, 2008

The Kereta Day

Having a license and not driving is a joke. Oh well, I admit I'm a JOKE. What? You're not buying that? Trust me! this is nothing but the truth. But last Thursday, I've learnt that driving is not just about moving your ride around but also the responsibilities that you hold together with your car key. It was all a brand new fun and excitement for me.. (thanks a bunch, Jo ^_^)

First lesson. Car wash and polish that cost only RM7. Where? Posh Car Care, Section 7. Time duration was 1 hour since there were a few cars before us. In return, tosai rawa and tosai bawang for breakfast while waiting. What more when we met this nice view that comes with a nice attitude package as well. Haha!! He, whose car was obviously washed and polished too offered me a seat and passed us newspapers to read. What a gentleman!! *grinning* But our sweet smiling faces turned sour as we left because the sky was suddenly dark. Was it going to rain? You can try guess.

Next pit-stop was the Perodua Service Centre. The cute blue Kelisa checked in around 12.30 and later out around 3. I don't really understand but I know it was necessary. (Bapak has a lot to tell me about cars and engines this mid break..) Hehe.. It was a long wait but it was then that we got to meet another very interesting yet funny man. All the while I was entertained watching this Chinese uncle playing a bombing game on his phone. Bored waiting for his car too, I supposed.

You see. It wasn't my car but it was such a relief and satisfaction seeing and feeling it working perfectly right. Everything was okay except for it rained so heavily the whole day. What was the car wash for again? The big question was left hanging (not a mystery, however) as Jo drove us back to college where our comforting beds waited for us.

It was only after Asar but who minds. Kan hujan.. Maka, Selamat Malam, dunia.. Huahuahua...
(masih ingat Si Berkemeja Putih lengan panjang dengan tali lehernya. I'd say he's tall, dark and handsome. Huhu..)



Wednesday, August 6, 2008

Kasih Mak Sayang Mama..

Mama: Hello, ma. Assalamualaikum. Buat apa? Da breakfast? Makan apa?
Mak: Waalaikumussalam. Mak sihat, mak? Buat apa tu, mak? Ayah sihat, mak?

Mama: Bapak sihat, ma? Mama masak apa arini? Uishh.. Sedap tu.
Mak: Masak apa mak arini? Sedapnya, mak. Ni yang adik nak pegi Melaka ni. Rindu nak makan mak masak.

Mama: Saja angah call. Baru habis kelas ni. Bapak mana, ma? Senyap je rumah. Kat wakaf ke?
Mak: Da lama adik tak telefon mak. Minta maaf, mak. Ayah tak ada ke, mak? Mesyuarat masjid ye?

Mama: Ma, I got tests la next week. Then, I'll be on leave for a week. Belum beli tiket bas lagi tapi nak balik.
Mak: Mak, adik periksa minggu depan. Mak doakan adik ye. Mintak ayah doakan adik juga.

Mama: Mama wish angah luck ya. Bagitau la kat bapak angah nak test. Mintak bapak doakan.
Nanti angah Aminkan dari Shah Alam. Hehehe..
Mak: Mak tolong buat solat hajat untuk adik ya. Terima kasih, mak. Ya, mak. Adik buat juga kat sini.

Mama: Okeylah, ma. I got to go. Da lama kita sembang ni. Sorry..
Mak: Mak, nanti adik telefon lagi ya. Mak jaga diri ya.

Mama: Mama kirim salam kat bapak and all ya. Take care. Peluk cium untuk semua. Bye.
Mak: Mak kirim salam kat ayah ya. Mak jaga diri. Assalamualaikum.

Perbualan rutinku dengan Mama dan Mak.
Dua insan, satu pangkat.
Kasihku pada mereka tak dapat aku bedakan.
Sama.. Bertakhta.. Kekal.. Abadi.. Selamanya..
(p/s: Rindu nak kucup tangan Mak, miss teasing Mama around.. =P )

Tuesday, August 5, 2008

Jabat Tahniah

That Sunday morning started like any other Sundays. Except for that Sunday, we had a plan. No one has any idea at all just how relieving it is for me, personally, to actually have something to do on a Sunday. So i took my shower, dressed myself in a pair of black jeans and a black t-shirt i just bought the day before. I put on my white Moove shoes and off we went.

It was already 11.45am when we ordered our meals at Syed's. Breakfast? Mm.. Brunch i would say. Neither breakfast for it was almost noon, nor lunch for it was light. I mean, mine was. I had a kaya toast and cup of hot Milo. So there were the five of us, filling our empty stomachs. Alhamdulillah..

Soon, we left for PAS. Three for shopping n two to the bowling alley. JoAra registered at the counter after meeting her friends. This was the beauty of it. Her buddies were her opponents. How cool! We got to her lane and she started warming up. There i was sitting with her, looking around. Nice views everywhere. Haha.. My girlfriends know exactly what that means. Then, the game began. Later, it ended with JoAra as the champion. Congrats, girl. ^_^

We stayed to watch the guys play. I can't recall at which lane i was sitting and watching. But it was her friend bowling. She was somewhere else, watching someone else. It was not long until the first game finished. And this was where and when it happened. He came to me. So there i was offering my right hand, to shake his, to say congrats. JABAT TAHNIAH. But he wanted to set. "Wrong channel," I thought. Without a second thought, this time round I wanted to set. But he wanted to shake my hand. "Boling bila menang kita set. Tak salam." That was what he said if i'm not mistaken. Ya Allah. And where was JoAra?.. "Malunya I bukan kepalang!!!" (p/s: I'm covering my face wit the palm of my left hand as i'm typing now. Oh my God..)

Finally, it was a set. "Menanglah lagi the next game, then boleh set lagi." That's what i said, to cover it up. Come to think about it again, maybe it didn't matter at the first place. Hahaha.. Funny.. JoAra laughed like really laughing when I told her about it.. KIhkihkih..^_- What la?...

The day ended late near Maghrib after we had our meals at Pak Li. Mee mamak and white coffee ice..
"Nice meeting you, Hakim."
Owh.. I did mentioned his name before, didn't I?.. huahaha..







Monday, August 4, 2008

Orang Baru Tumpang Lalu

Bismillah..

Kudapanku...
Pena jejari menitik bicara,
Ke depan ke belakang menyusun kata.
Lalu, pedulikan..
Ini isi hatiku.
Acuanku, ramuanku, air tanganku, mengikut seleraku.
Enak di tekak jiwaku, kenyang di perut ragaku.

Jika begitu jua buatmu, jemputlah, silalah.
Jika tidak, jamahlah walau hanya sesuap..

Orang baru tumpang lalu...