Seorang penulis berbakat menulis tentang hidupnya, mempuisikan motifnya, menyampaikan mesejnya. KEINGINAN melawan KEPERLUAN. Itu yang cubaikhlas, sebagai Si Kerdil fahami. Buat diri sedar betapa alpa dari memanjat syukur dan berserah seadanya kepada Allah Taala.
Banyak keinginan yang tidak kunjung tiba, banyak jugalah nikmat tidak terduga yang mengetuk pintu rezeki. Terima kasih, Tuhan untuk semua itu. Sebab itulah jalan hidup menjadi jauh lebih indah. Maha Bijaksana Dia...
Penghargaan buat penulis itu yang buat diri tersentak dari celaru, dari rasa tidak menentu, dari mengharap sesuatu yang tidak pasti. Insan bukan boneka. Sedang begitu banyak yang beratur di depan mata. Nikmat dan ujian - kerana kita mampu. Sebab perlu hargai apa yang ada sebelum tamat tempoh sah lakunya.
Cubaikhlas agak dia faham. Harap-haraplah.
Wallahualam.
Sunday, October 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment