Sunday, January 10, 2010

penat+sedih=mengadu

Entahlah untuk kali yang keberapa, tapi yang pasti, sekali lagi, TimunJeruk akan meninggalkan kampung halaman tanpa menapak ke Teluk Chempedak...!

Adeh. Tak macam orang Kuantan pun diri ini.. *menundukkan kepala..*

sekarang pukul 8.16malam, hari Ahad.
esok bas jam 0930.
sempat tak pergi pantai dulu?
lalalala~


Wallahualam..
SENGET

Saturday, January 9, 2010

tettt..


nak sepasang, boleh tak? bukan seluar, tapi kaki tu..
boleh tak? boleh kan?
nak jugak.
;D


Wallahualam..

SENGET

Wednesday, January 6, 2010

karma-segala untuk semua.

Cuba kita pakai kasutnya,
Mampukah kita melangkah setabahnya?
Akan rebahkah kita?
Bisakah kita bangun sedayanya?

Alami nyawanya,
Sentuhi lubuk hatinya,
Singgah di benak akalnya,
Kelak kautahu rasanya.

Hargailah agar ia tak kita hilang.
Salinglah, semoga abadi.



Wallahualam.
MENILIK

sebab kalau tak, takkan tahu..

Selalu ada, tapi bukan untuk menghantui
Selalu ada, tapi bukan untuk busy body
Selalu ada, untuk menemani
Selalu ada, untuk berkongsi.

Hilangkan duka
Bawakan suka
Hilai tawa menyeka air mata.

Tidak berganjak
Mahu terus di sini
Untuk mendengar
Untuk ketawa
Untuk menangis.

Cuba bagi
Cuba ikhlas
Cuba tak minta
Cuba.



Wallahualam.

TAK BENGKOK

Sunday, January 3, 2010

rancangan dan kenyataan

-Untuk buka tingkap tahun baru yang dah masuk hari ketiga, mari kita cakap pasal duit.
-Sejak cuti bermula, saya bersemangat buat budget. Adjust sana-sini. Bila nampak jalan, tersengeh puas hati. Langkah berikutnya, stick to the plan.
-Semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Sampailah hari ini, antara pukul 12.30 hingga 1.15 petang la, lebih kurang.
-22 hengget, 30 hengget, 19 hengget. Eh. Macam buka paip air pulak. Mencurah-curah keluar. Bukan-bukan. Macam paip pecah. Menggeletar satu badan. Habislah. Budget lari. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri. Apa nak buat ni?
-Oh. Selingan. Mata wang da naik. Tak mahu turun dah. Teeetttt. Dush.

Nampaknya Cik TimunJeruk perlu tingkatkan disiplin terhadap wang.
Baiklah.

Eh, kejap. Kenapa saya guna saya ni?
Pelik.

Dah habis.


Wallahualam.
SENGET..