Sudah aku bayangkan. Telah aku jangkakan. Memang libur ini bosan yang amat. Sejak pulang tempoh hari, belum ada kesempatan untuk aku menjejak kaki ke bandar Kuantan. Apatah lagi nak menghirup angin pantai di Teluk Chempedak. Hanya kejadian-kejadian yang bukan luar biasa, tidak aneh, jauh sekali pelik yang mengisi masaku.
Pendek kata, rutin.. Kan senang kalau aku cakap awal-awal?.. Maafin ya..*kenyit mata* bukan sakit mata taw!!
Tapi,dalam hanya dua hari ini jugalah aku peroleh TIGA NIKMAT.. Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ya Rabbi... Ini adalah kisah benar... Bukan temberang, okey? =P
17 Ogos 2008
Ada kenduri kahwin dekat kawasan rumah. Mama bapak sibuk menolong sejak beberapa hari lepas. Aktiviti blok. Petang lepas majlis, nah!! Banyak lauk dibawa balik. Macam-macam masakan. Daging opor, daging kicap, ayam kurma', acar buah, nasi minyak.. Tapi nikmat yang sebenar adalah DAUN KAYU MASAK TEMPOYAK!!!!! Dipadan dengan ikan masin. Aduhai.. Terbaik di muka bumi ni.. Lagi hebat kalau ada pekasam..(p/s: MasyaAllah. Perutku berghazal sekarang)..
Kejap. Kalian tahu tak lauk tu macam mana? Begini. Ada pucuk ubi, daun serai kayu, daun kunyit, kacang botol, petai, terung pipit, lada hijau, cabai burung dan serai. Sudah pastilah bahan utamanya tempoyak.Dah macam rancangan memasak la pulak.. Cukup la ek.. Sudah meleleh liur kalian membaca keenakannya..=P
18 Ogos 2008
Celik saja mata pagi tadi, terasa rama-rama dan kupu-kupu menari samba dalam perut. Mana tidaknya, keputusan peperiksaan keluar hari ini. Tak senang duduk la dibuatnya. Jam 11 pagi da berkampung depan PC. Akhirnya, dapat aje 'signal' dari JoAra, terus masuk 'website' ACCA. Alhamdulillah. Nikmat kedua telah sampai. Aku LULUS semua kertas.. Syukur sekali.
Jam 8 malam. Mengumumkan ketibaan nikmat yang ketiga. Buah SUKUN GORENG dan KOPI O PANAS.. Memang la selera kampung saya ni.. Sumpah sedap ok.. Dicecah pulak dengan KICAP BERLADA. Memang 'kick'..!!! Siapa lambat dapat piring kosong ajelah.. =P Kalaulah yang dalam kuali panas tu boleh diambil, dah berebut dah.. Hahaha..
Jadi, inilah cereka pendek percutianku yang baru bermula. Setulus ikhlas hati kuungkapkan, berharap benar agar ia menjadi lebih baik dan indah.. InsyaAllah.. Oh, pastilah begitu jua buat teman-teman semua.. Kita ketemu saat sesi pendaftaran nanti ya.. Rindu semuanya..
Sehingga itu.. Jaga diri...^_^
Wallahualam..
Monday, August 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment