Aku selalu percaya kalau berterus-terang adalah polisi terbaik dan paling mulia bagi satu kehidupan. Tapi hari ini aku terdidik kalau membuat orang lain faham akan kebenaran kita adalah begitu sukar. Sebab itulah ramai yang memilih untuk berdiam diri. Tidak kurang juga yang menjadi kreatif membina alasan. Hal ini adalah hakiki. Kita semua alami.
Berfikir mendewasakan minda, mematangkan jiwa tetapi memintas usia. Guru terbaik adalah diri sendiri. Masalah itu 'homework'nya. Mencari jalan keluar yang paling munasabah ibarat ulangkaji yang paling berkesan. Membuat silap tidak semestinya atas kecuaian dan selesainya kekusutan itu adalah seperti lulus cemerlang dalam peperiksaan akhir.
Setiap satu benda punya nilai. Semestinya pada waktu ini hampir segalanya dinilai guna wang. Jangan menidakkan. Kalau tidak, masakan orang pun didagangkan. Ada duit tersenyum. Tetapi kalau tidak, pasangan suami isteri paling bahagia pun boleh jadi tidak mahu saling bertentang mata. Ada satu rumah, "tak ada duit" adalah biasa. Tidak usah hairan. "Adalah sikit duit" akan membeliakkan mata seisi rumah. Itu cebisan cereka nyawa orang susah. Itulah dia. Aku tahu.
Payahnya memerah otak untuk membuat orang lain faham perkara sebenar.
Fikirlah sama..
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment