My dearest girlfriend/bestfriend pernah bertanya, "Babe, apa benda kat dunia ni yang you tak faham?" So, i started thinking. Dia bilang, "Kalau fikir, memang tak jumpa jawapan." Kiranya benda ni cam kebetulan. Dalam tak sedar baru akan sedar.
Nak dijadikan cerita, hari ni wa bertembung dgn satu kejadian yang buat wa sedar apa antara perkara yang tak wa fahami.
Wa telefon satu pejabat ni kira-kira jam 10 pagi tadi. Timing agak okey la wa kira. Kebetulan lepas habis kelas. Berdering agak lama, panggilan wa dijawab. Wa pun citer la lebey kurang apa situasi wa. Beliau pun kata beliau akan sambungkan wa ke bahagian yang berkenaan. Lama wa tunggu, tak berangkat. Takpelah, wa cincai kira, ini bukanlah paranormal.
Wa pun dail la lagi sekali. Orang yang sama angkat. Wa pun ceritalah dengan rendah diri, bertertib dan hormat bahawa sambungan tadi tak tersambung pun. Tiba-tiba beliau berkata dengan nada yang tidak enak langsung,
"Apa masalah awak ni?"
Tersentap wooo. Tapi disebabkan wa tak pakai eyeliner pagi tadi, wa buat dek je la. Tapi wa takkan kata wa tak terasa.
Kepada beliau ni, manalah tahu dia terjumpa luahan hati wa yang da macam pisang yang kena lenyek nak wat cekodok ni, sila ambil perhatian. Terima kasih. Sesiapa nak ambil iktibar pun, silalah. Wa pun wat benda yang sama.
Saya assume menjawab panggilan telefon dan melayan kerenah pelanggan adalah ruji kerja cik. Jadi diharapkan cik lebih sopan ketika berkomunikasi. Lainlah kalau saya telah bersikap kurang ajar terhadap cik. Inikan periuk nasi cik. Takde salahnya kalau cik bercakap dengan elok. Saya tidak minta layanan kelas pertama, cuma dengan sedikit keikhlasan. Cik pun mungkin akan rasa lebih senang hati dan sedar bahawasanya hidup ini sangat bermakna. Cuba cik bayangkan, kalau ada beberapa orang lain yang berperasaan saperti saya, nasi yang cik tanak tu sepertinya dah berbau sedikit hangit. Boleh je nak makan, tapi tak enak la kan..? Penat setiap hari menggagahkan diri ke kantor, tapi hasilnya tak memuaskan pun tak syok juga kan? Fikir-fikir dan renungkanlah..
Oh ya. Penghargaan tertinggi untuk seorang puan yang telah membantu wa disambungkan ke bahagian yang sebetulnya, akhirnya. Juga kepada cik yang telah membantu menjawab persoalan wa. Kalian terbaik. ^__^
Morale of the story, you guys decide. I've found mine. ;)
But do forgive me if I've offended anyone.
#Beliau=panggilan hormat bila merujuk kepada individu ketiga yang berstatus lebih tinggi dan mulia.
Wallahualam.
BERCELAK, BERKEPAK DAN RAMBUT TUTUP MATA
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lu memang kental beb.kalau wa kan,dah lama wa miskol tokey pejabat tu.ciskek sungguh perangai.
kental adalah ciri-ciri survivor. wakakaka..
Post a Comment