Thursday, March 4, 2010

cuka lara - bhgn 2

kurasakan makin jauh
kurasakan makin tenggelam
pandanganku seakan kabur
benakku sarat kelam.

salahkah aku kerana begini
sedang hidupku tidak pasti
tiada sebarang jaminan janji
berpegang telunjuk mengikut hati.

jagaku dihimpit lelah
lenaku dikejar penat
aku tak mahu kalah
tapi helaku tenat.


Wallahualam.
MAKAN DALAM

No comments: