Wednesday, March 31, 2010

Amanda.

Dia berdiri di satu simpang. Sudah agak lama dia di situ. Telah ramai yang melintasinya, meninggalkannya, membelakanginya. Ada juga yang berpaling, lalu berhenti sejenak. Tapi sudahnya dia tetap di situ. "Apa mahu lagi aku ini?" Dia hanya mampu tertunduk, terperangkap dalam satu dilema yang pada mata kasar lain tiada pun di situ. Berkocak, lelah. Sudah rebah dia bangkit hanya untuk tersembam lagi. "Sakit."

Telinganya dikunjungi ketegasan. Parasnya ditatap kerisauan. Jangan pernah ada belas. Dia tak ingin itu. Dia hanya mengukir senyuman. Gelak tawanya hilai tapi tak berlagu. Sumbang. Sengehnya sendiri, tenungnya jauh. "Apa mahu lagi aku ini?"

Tak mahu menipu, tak ingin berdusta, tak hendak berpura-pura. Wajahnya enggan berpakat lagi. Tidak profesional pada pandangan sebelah pihak. Emosional kata sesetengahnya. Terbawa-bawa ujar yang lain. Serba salah. "Apa mahu lagi aku ini?"

Temannya memimpin tangannya. Dia menadah kesyukuran. Namun ada masa dia sedar jisimnya tidak ringan, lantas dia lepaskan. Tapi dia pengen untuk tidak keseorangan. Tapi jangan sampai alam bosan dengannya. "Apa mahu lagi aku ini?"

Grey sky mornings,
gloomy afternoons,
rainy evenings,
and pitch black nights.

"Apa mahu lagi aku ini?'
"Cepat-cepatlah."


Wallahualam.
MAKAN DALAM.

No comments: