Wednesday, March 31, 2010

Amanda.

Dia berdiri di satu simpang. Sudah agak lama dia di situ. Telah ramai yang melintasinya, meninggalkannya, membelakanginya. Ada juga yang berpaling, lalu berhenti sejenak. Tapi sudahnya dia tetap di situ. "Apa mahu lagi aku ini?" Dia hanya mampu tertunduk, terperangkap dalam satu dilema yang pada mata kasar lain tiada pun di situ. Berkocak, lelah. Sudah rebah dia bangkit hanya untuk tersembam lagi. "Sakit."

Telinganya dikunjungi ketegasan. Parasnya ditatap kerisauan. Jangan pernah ada belas. Dia tak ingin itu. Dia hanya mengukir senyuman. Gelak tawanya hilai tapi tak berlagu. Sumbang. Sengehnya sendiri, tenungnya jauh. "Apa mahu lagi aku ini?"

Tak mahu menipu, tak ingin berdusta, tak hendak berpura-pura. Wajahnya enggan berpakat lagi. Tidak profesional pada pandangan sebelah pihak. Emosional kata sesetengahnya. Terbawa-bawa ujar yang lain. Serba salah. "Apa mahu lagi aku ini?"

Temannya memimpin tangannya. Dia menadah kesyukuran. Namun ada masa dia sedar jisimnya tidak ringan, lantas dia lepaskan. Tapi dia pengen untuk tidak keseorangan. Tapi jangan sampai alam bosan dengannya. "Apa mahu lagi aku ini?"

Grey sky mornings,
gloomy afternoons,
rainy evenings,
and pitch black nights.

"Apa mahu lagi aku ini?'
"Cepat-cepatlah."


Wallahualam.
MAKAN DALAM.

Monday, March 29, 2010

question mark.

I wrote a post but I did not post it.

What is a blog?



Wallahualam.
MENILIK.

Thursday, March 25, 2010

anak.

"terserah mama lah..
elok pada mama, eloklah pada angah..
hurm.. bapak kata apa? kalau bapak pun bilang okey, okeylah.
angah turutkan aje.
tak payah tengok-tengoklah. itu adik dengan along pun boleh bagitahu.
nanti kalau macam-macam mana, minta mama maklumkan angah ya.."

dapatkah saya menjadi anak yang mendengar kata?


Wallahualam.
MENILIK.

Wednesday, March 24, 2010

kamu,

maaf.

sungguh ni.


Wallahualam.
TAK BENGKOK, MAKAN DALAM.

entah siapa entah..

I had a dream last night. I want to tell you but I hardly recall it. Sad.
But I remember one thing. Very clearly.
There was a guy. In skinny. And he had an eyebrow piercing.
Hurm..

Guess what's the first word that I said when I opened my eyes..
HOT.

;P
Wallahualam.
SENGET.

terima kasih untuk semalam.



of all the places..
oh well..
us, being normal..
-what we do best?
movie, dine, shop,shenshalan.. ;P
-bukan tentang perbuatan semata-mata,
tapi sama siapa.
-sayang kamu banyak-banyak, sampai infiniti.
Wallahualam.
TAK BENGKOK.

Monday, March 22, 2010

sore ahad memena sabtuku.

awan berombak
langit bergelora
jiwaku yang kocak
guruh ikut menyapa

matahari cuba mencelah
angin kuat menolak
bebayang serba salah
langkah yang porak

titis menjadi lopak
sedang alam menyambut anugerah
akal berteduh menolak
goyahnya hati menadah.

bergenang sewaktu di mid.
bercucuran sedang aku menapak pulang dari Seksyen 2 ke Seroja.
gerimis di petang ahad, sabtu petang yang terik.
Wallahualam.

5 IN 1.

Saturday, March 20, 2010

Vroom vroom..

"Panas-panas. Burn nanti. Ada jaket tak?"
"Ada. Dah agak dah tadi."

"Angah nak jaket angah tak? Sejuk nanti."
"Tak nak lah. Awal lagi ni. Okey je rasanya."

"Jaket, jaket. Confirm sejuk ni."
"Ya, acik. Ketar la jap lagi ni."

  • 90% daripada lubang yang memang nampak tetap langgar. Sakit badan. Huuu..
  • Parking RM1 je sekali masuk. Jimat betul.
  • Jumpa kawan-kawan acik yang kelakar dan peramah. Mereka lain tapi macam kita juga.
  • Bapak, angah rindu nak naik motor ngan bapak lah. Macam masa sekolah2 dulu.
The Spaghetti Farm, MidValley. Give it a try. Seriously, not bad. =)


Alamak, tertinggal baju kat umah acik. Oopsy. Sorry.
Wallahualam.
TAK BENGKOK.

Friday, March 19, 2010




when holding hands feel right.

always emotionless when talking but mean every single word uttered.



Wallahualam.
5 IN 1.

Wednesday, March 17, 2010

i admit i'm obsessed with highlighting words. ;P

Pure water is said to be neutral, with a pH close to 7.
Anything less is said to be acidic.
Anything greater is considered basic or alkaline.

My question is,
Is there anything that is exactly neutral? with pH 7?



Ahli-ahli kimia, sila ambil perhatian. Kongsilah pengetahuan kalian.
Ahli psikologi juga dijemput menabur bakti. - ok, ini pelik. abaikan..
Jasa kalian dikenang.
Wallahualam.

SENGET.


Finally I See You, These Days.

  • It's 11.30 am. I just had breakfast with a gentleman after my P3 class ended at 10. Usually i take nothing really heavy for any of my meals but i supposed today's an exception. Shoot! Used to be a fan to that word, but not anymore.
  • My next class is at 2. I'm supposed (again..) to be revising on my P2 notes but obviously I'm not. Lately, my student life begins when the lectures begin and ends the moment the lecturers call it a day. Oh, rite, no. Sometimes even when they're still teaching. Forgive me, I get sleepy. That's natural, you see, I'm not at fault. At all. Positive. Ya, I know you guys are going like blah blah blah blah.... Tapi korang pun sama ajelah. Tralalalala~
  • I've been applying eyeliner on a daily basis lately. Eh, eh.. Jgnlah kata korang ngah melutut berdoa wa akan terus kekal begitu. Seganlah.. (Uwek. Kahkah. Just kidding.) I just realize, most probably again that it's not that hard/difficult/complicated/messy/whatever I thought it was. Sorry.... And I don't look that bad. Emo, beb. Kental ala-ala survivor gitu. Tengok orang wat muka garang. Baru tak kena buli. *merepek*
  • I came across something.. Hurm.. Something almost like synergy. Or unlike it. Nevermind.
That's it. I'm cutting the crap.
Oh, I must not forget. Sir, thank you very much for the meal and the chat. I just have to either climb 14 levels up/down to see you again, right? ;)
And OMG..! Ryan Reynolds is SUPER HOT, no matter what.


Wallahualam.
5 IN 1.

and the world will be a better place to live in..

life is simple.

follow the rule.

you're no exception.



Wallahualam.
MENILIK.

from KRU to westlife to MCR to gaga to....... what's next?

FMK,
I love you very, very, very much.


-past, present, future. Always.



Wallahualam.
TAK BENGKOK, MAKAN DALAM.

Tuesday, March 16, 2010

sugar-high

Unstoppable consumption of
SUGAR

-it's either a therapy or jalan nak mati.


Wallahualam.
SENGET.

Thursday, March 4, 2010

pisang lenyek.. dududududu~~

My dearest girlfriend/bestfriend pernah bertanya, "Babe, apa benda kat dunia ni yang you tak faham?" So, i started thinking. Dia bilang, "Kalau fikir, memang tak jumpa jawapan." Kiranya benda ni cam kebetulan. Dalam tak sedar baru akan sedar.

Nak dijadikan cerita, hari ni wa bertembung dgn satu kejadian yang buat wa sedar apa antara perkara yang tak wa fahami.

Wa telefon satu pejabat ni kira-kira jam 10 pagi tadi. Timing agak okey la wa kira. Kebetulan lepas habis kelas. Berdering agak lama, panggilan wa dijawab. Wa pun citer la lebey kurang apa situasi wa. Beliau pun kata beliau akan sambungkan wa ke bahagian yang berkenaan. Lama wa tunggu, tak berangkat. Takpelah, wa cincai kira, ini bukanlah paranormal.

Wa pun dail la lagi sekali. Orang yang sama angkat. Wa pun ceritalah dengan rendah diri, bertertib dan hormat bahawa sambungan tadi tak tersambung pun. Tiba-tiba beliau berkata dengan nada yang tidak enak langsung,

"Apa masalah awak ni?"

Tersentap wooo. Tapi disebabkan wa tak pakai eyeliner pagi tadi, wa buat dek je la. Tapi wa takkan kata wa tak terasa.

Kepada beliau ni, manalah tahu dia terjumpa luahan hati wa yang da macam pisang yang kena lenyek nak wat cekodok ni, sila ambil perhatian. Terima kasih. Sesiapa nak ambil iktibar pun, silalah. Wa pun wat benda yang sama.

Saya assume menjawab panggilan telefon dan melayan kerenah pelanggan adalah ruji kerja cik. Jadi diharapkan cik lebih sopan ketika berkomunikasi. Lainlah kalau saya telah bersikap kurang ajar terhadap cik. Inikan periuk nasi cik. Takde salahnya kalau cik bercakap dengan elok. Saya tidak minta layanan kelas pertama, cuma dengan sedikit keikhlasan. Cik pun mungkin akan rasa lebih senang hati dan sedar bahawasanya hidup ini sangat bermakna. Cuba cik bayangkan, kalau ada beberapa orang lain yang berperasaan saperti saya, nasi yang cik tanak tu sepertinya dah berbau sedikit hangit. Boleh je nak makan, tapi tak enak la kan..? Penat setiap hari menggagahkan diri ke kantor, tapi hasilnya tak memuaskan pun tak syok juga kan? Fikir-fikir dan renungkanlah..

Oh ya. Penghargaan tertinggi untuk seorang puan yang telah membantu wa disambungkan ke bahagian yang sebetulnya, akhirnya. Juga kepada cik yang telah membantu menjawab persoalan wa. Kalian terbaik. ^__^

Morale of the story, you guys decide. I've found mine. ;)
But do forgive me if I've offended anyone.


#Beliau=panggilan hormat bila merujuk kepada individu ketiga yang berstatus lebih tinggi dan mulia.
Wallahualam.

BERCELAK, BERKEPAK DAN RAMBUT TUTUP MATA

cuka lara - bhgn 2

kurasakan makin jauh
kurasakan makin tenggelam
pandanganku seakan kabur
benakku sarat kelam.

salahkah aku kerana begini
sedang hidupku tidak pasti
tiada sebarang jaminan janji
berpegang telunjuk mengikut hati.

jagaku dihimpit lelah
lenaku dikejar penat
aku tak mahu kalah
tapi helaku tenat.


Wallahualam.
MAKAN DALAM

with and for

if the sun shines no more
and the moon no longer fulls
or the stars refuse to sparkle

i'll walk through it all
say i fall, i shall crawl

take me to Mars, or fly me to Jupiter
stop by at Pluto, or simply hold on to Earth.

to be a better person.


Wallahualam.
SENGET

colours..

A big room with white walls
Paint I hold in my hands
Pictures of you I shall draw
Moments with you I shall frame.


Wallahualam.
SENGET, MAKAN DALAM

in circle

leaving but arriving
stopping but moving
offering but not waiting.



Wallahualam.
MENILIK

Tuesday, March 2, 2010

saya suka

skinny..
for him, for her.
Wallahualam..
TAK BENGKOK