Monday, November 23, 2009

kejadian selepas kejadian

22 November 2009
-rojak karim di seksyen 7.


-popia basah, popia goreng, satu 60sen, 5 rm3. beli 3 je tapinya..


-study kejap, sembang lebih kat old town.. ipoh white coffee gao. terbaik!


-jumpa t-shirt cantik. rm25. mahal.uptown lagi murah.


-pelita nasi kandar. nak order limau panas pun susah. ramainya orang. saya dan fera sebulat suara bersetuju ini mamak famili. tapi nasi sedap, kita boleh datang lagi.haha.


-seksyen 24. uptown shah alam. ya ampun, apakah tempat ini? belum apa2 lagi, sudah rambang mata. dalam pada nak berjimat, melayang rm28. maafkan saya. inilah kegilaan saya yang abadi. baju yang cantik. heee.. fera pun beli satu tee.. comel sungguh. rm15.

- haaa.. ini yang tak best ni.. jam da dekat kul 12.. pape pun, kena balik kolej juga. jgn takut, jgn bimbang, kami selamat pulang. "maaf, pakcik. tadi kami pergi belajar kat rumah kawan. kereta tak boleh start. terpaksa tunggu orang datang jump-startkan." phew.. selamat. ait2.. jgn buat tanggapan tak baik.. tipu sikit je, utk selamatkan diri.. kalu tak cakap camtu, mana nak tido nanti. esok ada kelas. huuu.. part yang belajar tu betul k. cuma tempat dan kejadian yang menyusul selepas itu adalah rekaan semata-mata. eheh.. :P

menyampahkan! kena kejar ngan lipas besar kat parkir kereta kat uptown. oh.. n it followed us back to kolej. isyk..


23 November 2009, 2118H

-teringat tee smurf kat masalam tu lagi. a'ah, yang 25 hengget tu.. adoi ai.. haha..



apa nak jadi ni?



Wallahualam.

No comments: