Wednesday, January 21, 2009

Sebab Aku Takut Tak Menjadi..

Bila aku ingat akulah orang itu
Bila aku tahu orang itu bukan aku

Bila aku yakin nak memulakan langkah
Bila waktu itu aku sedar aku kalah

Bila aku merancang
Bila mana soalan mula datang
Bila yang mana aku seorang
Bila rencana aku hilang

Bila memang aku yang salah
Bila aku yang alpa
Bila kini aku yang lelah

Patutkah aku teruskan?
Kerna kuat di hatinya ada rasa untuk dia yang lain
Soalan: Siapalah aku?

Aku karam terus tenggelam
Pasti!

Malu+mahu

Big Q: Should i proceed? How will things turn out?
Wallahualam..

Saturday, January 3, 2009

Home..

Satu tempat akan ditinggalkan
Satu tempat akan dituju

Bersambungnya kembali satu perjalanan
Seketika telah henti istirehat
Destinasi masih jauh
Pegangan mesti teguh
'Instinct' tidak harus rapuh

Tempat tinggal, rumah
Tempat tiba, rumah
Berat nak lepas, tak ringan nak sampai

Dari "home" ke "home"
Daripada "family" kepada "family"
Sama sayang, akan sama kangen.

Wallahualam...