Thursday, March 26, 2009

-Still-

Masih belum pernah.

Masih belum lagi
Masih belum hendak berhenti
Masih belum dapat
Masih belum penat.

Sering bermimpi
Sering berangan
Sering terjaga
Sering juga terlena.

Dan masa semakin suntuk
Dan matlamat belum tercapai
Semakin sempit ruang
Semakin dihimpit detik.

Wallahualam.

Sunday, March 15, 2009

dia

Paras dia ketat
Senyum dia kelat
Benak dia sarat
Hati dia berat
Serba karat

Dia tatap tapi dia tak berhujah
Dia senyum seolah beralah
Biar mereka membantah
"Aku sedia tahu, aku sudah faham, aku pernah singgah di situ, aku memang tahu.."

Dia ada untuk kalian, selalu
Adakah kalian untuk dia?

Mendahulukan yang lain, tegar menolak kalbunya ke tepi
Ditinggalkan, pilihan sendiri

Mahu dia lari, mahu dia mementingkan diri
Tak ingin ambil peduli
Terus tuju tiada kanan dan kiri
Tapi kaedah itu bisa bunuh jiwanya, bisa padam identitinya, bisa kapankan tubuhnya, bisa melenyapkan dia dari dia.

Mesti macam mana? Macam-macam?
Aduh. Jatuh tersungkur mengucup muka bumi.
Parah-luka dalaman.

Kata yang terlintas
Laku apa yang dihajat
Dahulukan NIAT
Berpimpinkan nawaitu.

"Setiap orang memilih lorongnya sendiri. Jadi, bila hasilnya negatif, pandanglah cermin dan tudinglah jari ke arahnya. Akan ditemukan puncanya"

Wallahualam..

Saturday, February 21, 2009

Chocolate Mud

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Puan Rohani Hasan
Allah selamatkan kamu..


Selamat Ulangtahun ke-53, Mama.
Selamat panjang umur dan murah rezeki.
May you be blessed and happy always..

With all love, hugs and kisses..
Muahs, xoxo..

Wallahualam...

Thursday, February 19, 2009

Family Nite-Out


Tengok wayang antara perkara paling susah nak ajak mama dan bapak buat. But not this time as mama herself requested everyone to watch it together. "GENG". So much fun and very, very cute indeed.

Tepukan paling gemuruh untuk anak watan kita yang berjaya menghasilkan filem animasi sehebat ini! Cayalah! Bangga betul. Kepada yang belum tonton, cepatan ya. Kalau tak, rugi amat. Sokonglah filem tempatan. ^_^ "Betul, betul, betul." *upin+ipin style* ngee...

Bukan senang nak tengok bapak tak tidur dalam wayang. Seronok betul dia, sampai sekarang masih cerita tentang semalam. Mama pun ketawa besar tengok gelagat watak-watak anak kecil yang petah lagi berbakat. Tolak tepilah timunjeruk, along dan adik yang memang suka tengok wayang ni.. Kata orang, "Dah tak masuk book dah." (tak payang kiralah, maksudnya).. huhu..

Pokoknya, we had fun. Though we had to delay from 6.20pm show to 8.20pm show to 10.20pm show. Lalalala... I'm just so happy that I get to do something together with the whole family this time around. Alhamdulillah.. Simple sangat tapi bermakna dan enjoy!!

Masih ramai parents bawa anak-anak tengok wayang walaupun malam semakin lewat.
Tak sekolah ke budak-budak ni?
Sudahnya, pada hari berikutnya, adikku juga ikut tak ke sekolah. (Dia da plan rupanya. Bertuah punya budak!) Hahaha..

Wallahualam..

Tuesday, February 17, 2009

What Say You?

Venue: KTM KL Central
Time: After Maghrib, Nov29 2008
Case: A teenage girl was hugging a teddy almost the size of a kid in front of public. She really got me looking at her, not once or twice, but countless number of times.. (p/s: is this grammatically correct?) So, one, two, three. Say cheese! Some would say, "This is cute." Some would go, "OMG, what was she thinking?" I would say I'm still kinda speechless, but she's very brave. You go, girl! maybe?..
Ahah!! What say you? *wink*



This one took place in the KTM when I was on my way back to Shah Alam, Feb14 2009. I can't remember how he looked like simply because I didn't see. And honestly, it didn't matter. It's his way of dressing that caught my attention. You can guess, huh? I dared to snap a photo of him using my handphone with almost everyone noticing it. But again, why not?.. I wasn't committing any crime, and I wasn't breaking any law. I'm pretty sure about that. Haha.. I think he's cool. And this time around, I'm not speechless. (though I was then.. =P ).. If I could turn back time, I would walk to him and tell him, " Hey man. You've got style. Be proud and confident about it." And that's because he was staring at the floor from the moment he entered the train. Huhu.. Same question, people. What say you? *double wink*


I mean no harm..
Just sharing..
Wallahualam....

Wednesday, January 21, 2009

Sebab Aku Takut Tak Menjadi..

Bila aku ingat akulah orang itu
Bila aku tahu orang itu bukan aku

Bila aku yakin nak memulakan langkah
Bila waktu itu aku sedar aku kalah

Bila aku merancang
Bila mana soalan mula datang
Bila yang mana aku seorang
Bila rencana aku hilang

Bila memang aku yang salah
Bila aku yang alpa
Bila kini aku yang lelah

Patutkah aku teruskan?
Kerna kuat di hatinya ada rasa untuk dia yang lain
Soalan: Siapalah aku?

Aku karam terus tenggelam
Pasti!

Malu+mahu

Big Q: Should i proceed? How will things turn out?
Wallahualam..

Saturday, January 3, 2009

Home..

Satu tempat akan ditinggalkan
Satu tempat akan dituju

Bersambungnya kembali satu perjalanan
Seketika telah henti istirehat
Destinasi masih jauh
Pegangan mesti teguh
'Instinct' tidak harus rapuh

Tempat tinggal, rumah
Tempat tiba, rumah
Berat nak lepas, tak ringan nak sampai

Dari "home" ke "home"
Daripada "family" kepada "family"
Sama sayang, akan sama kangen.

Wallahualam...