Monday, October 20, 2008

Notis...

Jam sekarang 9.35 pagi.
Tanggal kini 21 Oktober 2008.
Hari ini Selasa.

Cubaikhlas kepingin mencoret tapi dia punya rencana lain.
Tengoklah. Bila dia sudah lapang kelak, dia bakal tulis lagi.
Saat dia punya waktu senggang.

Cubaikhlas ada peperiksaan percubaan..
Dia belum belum bersedia dan tak belajar sepenuhnya lagi tapi dia nak lulus..
Tolong doakan ya.. Amin.

Hope to be back soon.. InsyaAllah..

Till then, Wallahualam..

Friday, October 10, 2008

LELAKI BUDIMAN

Cubaikhlas taip ini dari organ hati. Yang baca terimalah dengan otak terbuka.
Mungkin saya tengah cerita pasal awak. Kalau bukan awak, mungkin kawan awak. Boleh jadi saudara awak.. Siapa tahu? Saya pun tidak. Harharhar..

Lelaki budiman.. Siapakah dia? Jengjengjeng.. Tak tahu, tak tahu.. Siapa makan gula, dia rasa manisnya. Jangan sampai syok sendiri sudahlah. Tpi saya kenal seorang LELAKI BUDIMAN.

Dia cakap dia ortodoks. Saya cakap dia tradisional. Dia sayang pada bangsa dan budaya. Tidak keterlaluan, cukup sederhana tapi jelas dapat dikesan oleh pancaindera. Hanya satu sebabnya, IKHLAS. Saya suka. Kawan-kawan saya pun suka.

Pemimpin yang baik. Ini pasti. Cekap, tahu apa yang diingini dan diperlukan. Matlamat tercapai, kebajikan terpelihara. Semua orang gumbira. Bakal suami, ketua keluarga, dan bapa idaman. Tiada seorang pun ibu yang akan menolaknya sebagai calon menantu. Kalau lelaki bisa dipinang, makcik-makcik akan beratur panjang meminta tangannya.

Hormat orang lain dan tidak pandang serong. Tidak bias dan terima seadanya. LELAKI BUDIMAN ini pernah bertanya tentang bagaimana gadis memakai tudung kepada yang bukan pemakai. Katanya, " Manalah tahu nanti isteri minta tolong pakaikan tudung.." Memandang ke depan sungguh.. Eloklah.. Bersedia dari sekarang. Akan tetapi, dia belum berpunya.. Saya rasa begitu..

Cubaikhlas hanya sekejap baru kenal dengan LELAKI BUDIMAN ini. Maka, tidak banyak yang dapat dicoret.
Tangoklah nanti. Hidup ni kan penuh dengan kejutan..

Wallahualam.....




Itukah Ia...?

Kamu percaya pada jodoh?
Aku percaya Mesir dan Sungai Nil adalah jodoh..

Senangnya kalau kita dapat bertemu jodoh dari langit.
Bukan langit, tapi dari hati..

Mencintai dan ingin memiliki adalah perkara yang berbeza..
"MARIA-FAHRI, Ayat-Ayat Cinta"

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu
"RUANG RINDU, Letto"

Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
"SEMPURNA, Andra and The Backbone"

Karya-karya cinta
Arti perasaan
Luahan idea

Kombinasi melerai kunci, jadi bahagialah
Teka-teki, maka tunggulah

CINTAkah? Apakah CINTA?
Wallahualam..





Wednesday, October 1, 2008

Ini Duit RayaKu...

3 perkara yang paling menarik perhatian CubaIkhlas sewaktu/setiap kali Eid:

1. Menyiapkan bapak pada pagi 1 Syawal bila dia nak ke masjid bersolat raya.
( seronok melihat segaknya ayahanda.. kalau tidak, rayaku tidak raya.. sungguh ni.. )

2. Segala macam kuih tradisi dan biskut raya..
( macam-macam kuih dan biskut moden yang terhidang di meja, kek kampung jugalah yang paling menambat selera.. tak dapat juadah berat pun tak apalah.. ^_-)
3.rancangan dan tayangan istimewa sempena Hari Raya..
( kata kaki tv.. sorry ya, mama.. bil elektrik mak bulan ni tinggi sikit la.. anak banyak tgk tv.. sekali2, apa salahnya.. =P )

"Jabat lebaran.. Ampun maaf zahir dan batin.. Mohon dihalalkan segalanya.."
"Enjoy Eid with care"

Wallahualam..

Monday, September 22, 2008

Lintasan 7.21pagi

Bercampur-aduk tapi tidak sebati
Teruja tapi gementar
Gembira tapi hiba
Terharu tapi sayu
Apa ini artinya berkecamuk?
Kacaukah jiwa?

Arif dengan kebenaran
Bukti tak jadi soalan
Bercambah penafian
Akibat satu perasaan.

Mengaku cemburu
Kata orang tanda sayang
Jelas terasa dia berlalu
Terpinggir rasa diri terbuang.

Sudah lama rapat
Hati budi cukup kenal
Sesejati sahabat
Ampunkan, emosi menebal.

Pernahkah di antara kalian yang dihadapkan dengan plot itu? Tahu apa yang betul tetapi jahilnya perasaan menguasai ceteknya akal. Aku mengaku, aku juga begitu. Naluriku berbisik," Tak ada salahnya. Nama lagi manusia yang lemah. Didik diri dari silap yang lepas."

Sebab itu, kita semua mesti bangkit. Tutup buku lama, buka naskhah baru. Tapi itu tak bermaksud kenangan dan pengalaman boleh dilupakan. Malah, jangan pernah. Selaklah sesekali. Pasti terubat lara tatkala senyum ketawa mengimbau nostalgia, dikuatkan semangat bila terserempak dengan pengalaman. Bukankah itu yang mendewasakan kita? Boleh jadi. Sesungguhnya, tak siapa tahu. Hidup kan tak ada yang pasti. Cukup misteri.Wallahualam..

(Ia singgah di akalku, menjenguk kalbuku, mengintai kudratku saat boxersbatik kejutkan aku tadi pagi.. siapa duga? Tuhan, syukran jazilan.. cubaikhlas cuma nak pelawa berfikir.. silalah..)

Sunday, September 21, 2008

Si Lurus Yang Hiba

Seketika sudah sejak kali terakhir aku biarkan jari-jemariku menari di papan kekunci ini. Bukan tak ingin, tapi hatiku berat merelakan benakku meluahkan apa yang tersimpul erat, terkunci mati. Tapi, aku rindu. Cubaikhlas kangen berkongsi sketsa. Ibarat Al-Mubarak yang sudah tidak jauh ke akhirnya, aku mengaku aku sayu. Untuk apa, pada siapa, kenapa bukanlah soal yang bisa aku tempuh kini.. Sesungguhnya aku bingung.. Ya Rabbi.. Sakitnya makan dalam, kurniakanlah aku petunjuk dan kekuatan..
(Barangkali pulangan adalah kesalahan. Sebab itu tak bertemu penyelesaian.. Tuhan, ampunkan saya..)

Apa dosanya bila berterus-terang? Selalu orang kata, bercakap benar tu polisi terbaik dalam hidup. Kalaulah semua khalifah begitu, mungkin dunia ni takkan berperang. Mungkin.. Tapi seteru tetap terkutip sebab jerihnya kebenaran. Tapi kalau kita tak buat silap, kenapa pulak nak sakit hati? Oh well, what comes around goes around..

Macam mana pulak bila kita berterus terang tapi kelurusan kita tak diendahkan? Barangkali diperkotak-katikkan? Diketawakan? Kot ye pun maknanya lemah, boleh jadi bodoh pada pemikiran sesetengah pihak. Tapi itukan apa yang Si Lurus rasa, dah diri dia. Cubalah hormat dengan ikhlas. Tak banyak pun, sikit jadilah kan. Sekurang-kurangnya, nampaklah nilai manusia sikit. MakhlukNya yang punya akal, miliki pertimbangan. Jangan nak ikut sedap, main redah je. Tak siapa tahu, susahnya Si Lurus nak menerima diri dia sendiri. Usah ingat dia suka apa yang dia lalui. Si Lurus cuma redha.

Dari sisi penerima kisah benar.. Satu kejutan? Pengiktirafankah? Lawak agaknya. Nanti, jangan gelak dulu. Jangan dacing, usah timbang, tak payah cari penyukat. Tapi, asasnya nak ajak berfikir, pelawa mengkaji. "Kenapa aku?" Kemudian, cuba selami betapa payahnya Si Lurus mengumpul keberanian sebelum menyusun kosakata di bibir, kalau tidak menaip SMS.. (kata dunia dah maju..) Lepas itu, soal diri, "Layakkah aku?" Istighfarlah andai awal-awal tadi rasa macam nak ketawa. Cuba letak diri kita dalam kasut dia. Mesti kecil hati jugak kan? Nanti kejap. Jangan kesian pada Si Lurus. Salah kalau simpati. Satu je rasa yang perlu ada.. IKHLAS..

Si Lurus, kau istimewa..
Si Penerima, kau tak sedar apa yang telah kau lepaskan.
Untung rugi...
Seimbang...

(Si Lurus kepingin menghambur air mata tapi dia tak berdaya walau memaksa...)
Wallahualam...

Wednesday, September 3, 2008

Puasa Ramadhan dan Kita Semua

Bismillah..

Salam Ramadhan buat semua.. Moga-moga Shahrul-Mubarak ini berkat untuk sekalian Muslimin dan Muslimat.. Amin.. Jagalah Rukun Islam kita yang ke-3 ini. Ayuh juga kita rajin-rajinlah melangkah ke masjid bersolat Tarawikh..

Pabila berbuka, bersederhanalah. Jangan diturut hawa nafsu. Natijahnya, pembaziran.. Ingatlah, Allah Taala tidak suka kepada orang yang suka membazir.. Itukan perbuatan syaitan yang direjam.. Nauzubillah..

Kunci jam loceng ( old school kowt.. hehe.. Iyolah, org skrg pakai handphone aje).. Bangkit sahur, alas perut, jana tenaga untuk hari esok.. Sesudah santap, janganlah melabuhkan badan di tilam yang empuk tu, tapi sahutlah seruan azan.. Subuh dulu ya, kawan-kawan.. Huhu..

(cubaikhlas sedikit sedih tak dpt menyambut tibanya bulan yang mulia ni di rumah bersama bonda dan ayahanda. Tak apalah.. Nanti kita hantar ia bersama.. InsyaAllah..)

Wallahualam..