Thursday, December 30, 2010

bintang-bintang

Typical Introduction.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai esok. Maka bermulalah satu lagi tahun baru. 2011. (yang ni, budak kecik pun boleh cakap sebenarnya. tapi sila chill.. sudah state awal-awal, typical. kalau tak perasan dan rajin, sila baca balik. kalau malas, ada baiknya percaya saja kepada penulis.) ;P

Dekad pertama berlalu tanpa kita sedar, walaupun pada asasnya kita tahu masa bergerak pantas. Penulis sendiri tidak sedar sampailah terbaca di dada akhbar baru-baru ni. (mak ai, macam tu je dah habis? Ayat typical orang terkejut.) ;P Bukanlah penulis atau sesiapa saja yang turut brkongsi pengalaman yang sama ini tidak acuh, cuma barangkali terleka. Dan bukanlah pada ketika itu, kita langsung tidak mengecap apa-apa. Senyumlah, kawan-kawan.. Jangan tegang sangat. Dah habis dah pun. Bukan boleh bikin apa-apa lagi.. heeee..


Al-Kisah

Kalau nak bentang kisah 10 tahun, memang tak tertulis. Sebab dah lupa. hahahaha.. Jadi, mari kita cerita pasal 2010 je lah.. Itupun tak berapa ingat.. Sama ada sengaja atau tidak. Dang! Yang pasti, susah dan senang, ada kawan-kawan bersama. ( dedikasi untuk my one and only FMK dan Wasted Buddies.. Kalian the best! ) Ada masa gembira dan ada masa duka. Ada masa suka, ada masa benci. Ada masa moody, ada masa nak marah tapi tak jadi.. Hurm..

Yang pasti, setiap satu apa yang dilalui dan dihadapi ada hikmahnya sendiri.. Mungkin tak nampak lagi, tapi insyaAllah, ada. Teringat pula penulis pernah terbaca di FB seorang teman.. Dia kata, Tuhan tidak pernah kata tidak. Tuhan sentiasa kata ya, atau ya tapi bukan sekarang, atau aku punya rencana lebih baik untuk kamu. Mudah-mudahan. Teman-teman, kita jangan mengeluh ya. Dia Maha Mengetahui. :)

Semoga tahun 2011 adalah lebih baik. (sekali lagi typical. nama pun doa. mestilah yang baik-baik.. ) Ada beberapa rencana sudah pun bermula. Perkara baik dan yang tak berapa baik. Yang pasti, tak pasti dan yang di antaranya. Penulis cuma berharap apa jua yang dia putuskan adalah tidak keterlaluan dan sederhana. Dia tak mengharapkan agar segalanya mahupun sebahagian daripadanya untuk betul. Dia masih anak yang sedang belajar. Tidak mungkin dia dapat memuaskan hati semua pihak. Mana bisa dia mengharapkan keputusannya diterima semua pihak. Apatah lagi seandainya dia sendiri belum dapat memuaskan hatinya. Tapi dia tak minta banyak. Hanya hidup sebagai insan yang tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Senang kata, aku tak kacau kau, jadi jangan "stalk" aku. Huuuhaaaaa!!!! LOL... (kontradik gila! apa hal dowh...) dang!

Sebelum lebih merapu, ditamatkan di sini dulu. Sekian.. (sambil lambai tangan..)
(ditulis pada 30 Disember 2010.. baru sempat post.. lalalala~)


Wallahualam..
5 DALAM 1

Thursday, December 9, 2010

saya sakit tekak.

pimpin tangan saya. kita round satu dunia sama-sama.
TQ.

Wallahualam.
TAK BENGKOK.